Sunday 19 November 2017

MUKJIZAT AL-QURAN


Di dalam Al-Quran, Allah telah menetapkan ayat-ayatNya yang sangat sempurna dan luar biasa dari segi tatabahasa dan ketinggian bahasanya. Terdapat pelbagai contoh yang dapat kita lihat jika kita membaca dan meneliti serta mentadabbur ayat-ayat Allah ini.

Pada nukilan kali ini, saya ingin bawakan contoh ketinggian bahasa dan ilmu tajwid yang sangat sempurna yang terdapat di dalam Surah Al-Jin (Juz 28, Surah ke 72). Kita sedia maklum yang Surah Al-Jin ini diturunkan dengan 28 ayat.

Antara keagungan Surah Al-Jin ini ialah bermula ayat pertama hingga ayat ke 28, Allah telah menetapkan hukum tajwid yang sama pada setiap hujung ayat tersebut. Nama hukum tajwid tersebut adalah MAD 'IWAD.

Mari kita lihat screenshot ayat 1-8 Surah Al-Jin...


Kita akan dapati setiap hujung ayat di dalam surah Al-Jin ini diakhiri dengan huruf alif sebelumnya berbaris dua di atas. Jika kita menghentikan bacaan pada hujung ayat maka jadilah ia hukum yang dinamakan MAD 'IWAD. 

Cara bacaan MAD 'IWAD adalah dengan memanjangkan sebutan huruf sebelum alif sebanyak 2 harakat. Contoh ayat pertama, kita baca pada hujung ayat 'ajabaa ... hujung ayat kedua pula ahadaa..hujung ayat ketiga waladaa.. dan seterusnya..

Tak susahkan?

Nak kene belajar untuk mengenal hukum ini dahulu.. Insya-Allah kita akan lebih senang dan mudah membaca tanpa kesalahan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Belajar mengaji dengan mudah 019-382 4940 Kelas mengaji online 019-382 4940 Mengaji Al-Quran dewasa 019-382 4940 Belajar membaca Al-Quran dari awal 019-382 4940 Mengaji sepanjang hayat 019-382 4940 Mencari Guru Al-Quran 019-382 4940

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *