Perkongsian pada hari ini diambil dan diringkaskan daripada https://rumaysho.com dan disesuaikan dengan Bahasa Malaysia.
Semoga perkongsian ringkas ini menjadi pahala yang berguna di hari akhirat untuk setiap muslim yang mengamalkannya dan menyampaikan pada yang lain. Insya-Allah
Lima amalan yang khusus pada hari Jumaat :
PERTAMA : Dilarang mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan siang hari Jumaat dengan berpuasa.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud) :
"Janganlah mengkhususkan malam Jumaat dengan solat tertentu dan janganlah mengkhususkan hari Jumaat dengan berpuasa kecuali jika biasa dengan puasa yang mesti dikerjakan ketika itu"
(HR Muslim : 1144)
KEDUA : Disunatkan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Insan ketika Solat Subuh.
Sebagaimana terdapat hadith Abu Hurairah, beliau berkata :
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam biasa membaca pada solat Subuh di hari Jumaat surah Sajadah pada rakaat pertama dan surah Al-Insan pada rakaat kedua"
(HR Muslim : 880)
KETIGA : Disunatkan memperbanyakkan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
Dari Abu Umamah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud):
"Perbanyakkanlah berselawat kepadaku setiap Jumaat, Kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti"
(HR Baihaqi dalam Sunan Al-Kubro)
KEEMPAT : Disunatkan membaca Surah Al-Kahfi
Dari Abu Said Al-Khudri, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud) :
" Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat "
(HR Hakim)
KELIMA : Memperbanyakkan doa di hari Jumaat
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membicarakan mengenai hari Jumaat lalu beliau bersabda (yang bermaksud) :
" Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta". Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang waktu tersebut.
(HR Bukhari : 935 dan HR Muslim : 852)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Belajar Mengaji dengan Cara Mudah 019-382 4940
Mencari guru Al-Quran 019-382 4940
Guru Al-Quran Dewasa 019-382 4940
Belajar mengaji Online 019-382 4940
Pendaftaran kelas mengaji 2017 dibuka sepanjang masa 019-382 4940
No comments:
Post a Comment