Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Saya ingin kongsikan beberapa tips mudah untuk kita dapat membaca Al-Quran sekaligus mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 30 hari sahaja.
Biasa kita berjaya amalkan teknik ini ketika di bulan Ramadhan. Kita berjaya pulun setiap hari sehingga kita berjaya khatam 30 juzuk.
Berikut adalah teknik dan tips yang mudah dan berkesan :
- Mesti menggunakan Al-Quran Mushaf Uthmani. (1 juz dibahagikan 20 muka surat)
- Bahagikan 20 mukasurat ini dengan 5x solat fardhu (4mukasurat setiap solat fardhu)
- Bagi ringankan beban 4 mukasurat ini, baca 2 mukasurat sebelum solat fardhu dan 2 mukasurat selepas solat fardhu.
- Dengan istiqamah berterusan membaca menggunakan teknik ini, insya-Allah kita akan bakal mengkhatamkan Al-Quran dalam 30 hari.
- Untuk bulan yang ada 31 hari, dikira bonus untuk lebihkan zikir.
- Sebaik-baiknya membaca disertakan dengan terjemahan agar tidak jemu membaca tanpa faham.
KREDIT : https://muzir.wordpress.com
No comments:
Post a Comment